absurdisme | absurdism | Manusia mencari makna dan membinanya di dalam semesta yang tak bermakna. |
altruisme | altruism | Sikap membuat sesuatu untuk kebaikan orang lain, tanpa mengharapkan balasan. |
anarki | anarchy | Keadaan masyarakat yang menolak hierarki sepenuhnya. |
agnostik | agnostic | Percaya yang tiada diketahui atau dapat diketahui tentang kewujudan dan sifat Tuhan. |
antropomorfisme | anthropomorphism | Kecenderungan menganggap dunia luar sebagai cerminan manusia. |
apofatisisme | apophaticism | Pegangan bahawa tiada perkataan boleh memerihalkan Tuhan. |
aristotelianisme | aristotelianism | Falsafah yang menekankan logik deduktif formal,konsep bahawa realiti ialah gabungan bentuk dan jirim, dan penyelidikan ke atas yang konkret dan yang tertentu. Menyatakan ada 4 sebab: sebab benda (sifat dan binaan fizikan), sebab formal (struktur atau rekabentuk), sebab berkesan (agen yang sebenarnya memberi kesan), dan sebab akhir (tujuan muktamad). |
asy’ariah | ash’arism | Mazhab teologi sunni utama, yang berpegang Tuhan maha berkuasa, dan maha adil, dan sifat Tuhan tak dapat dijangkau pemikiran dan deria manusia, dan manusia punyai pilihan namun di antara kemungkinan-kemungkinan yang dicipta Tuhan. Menyokong kalam dan penerokaan intelek. |
ateisme | atheism | Tak percaya kewujudan Tuhan, walau ada percaya keruhanian. |
autoteisme | autotheism | Percaya bahawa Tuhan adalah diri, atau dalam diri. |
budisme | buddhism | Tradisi ugama dan falsafah yang berpegang bahawa kehidupan ialah penderitaan, akibat keinginan manusia, dan penderitaan ini boleh ditamatkan menerusi hikmah, kelakuan beretika, dan meditasi. |
darwinisme | darwinism | Ide yang perubahan beransur dan membaiki (memberikan yang lebih baik) berlaku, dan perubahan makro terdiri daripada siri perubahan-perubahan kecil ini. |
deisme | deisme | Percaya kepada Tuhan, dan bahawa perjalanan alam tabii tak perlukan campurtangan Tuhan, dan aqal dapat membabatkan kewujudan Tuhan dari alam tabii. |
dekonstruktionisme | deconstructionism | Teori yang mempersoal andaian tradisi berkenaan ketentuan identiti dan kebenaran, dan perolehan makna oleh teks dan simbol; yang menekankan bahawa kata hanya boleh merujuk kepada kata-kata lain, dan cuba menunjukkan bahawa kenyataan terhadap mana-mana teks tumbangkan maknanya sendiri. |
deontologi | deontology | Falsafah yang menerima bahawa kelakuan beretika itu menurut peraturan-peraturan tertentu. |
dharuri | necessary | Terang dan jelas tanpa perlu penelitian (bdk. nazhari). |
disteisme | dystheism | Percaya bahawa Tuhan jahat. |
dualisme | dualism | Ontologi yang berpegang bahawa ada alam lain selain alam benda. |
dualisme Kartesan | Cartesian dualism | Pendakwaan bahawa minda yang bukan benda, dan jasad yang benda, adalah dua perkara berbeza secara ontologi, tetapi bersalingtindak dengan kesebaban. |
egoisme | egoism | Falsafah bahawa manusia patut bertindak untuk keabikan mereka. |
eksistensialisme | existentialism | Pegangan bahawa kehidupan tidak punyai makna dan tujuan, dan kita boleh berikan apa-apa makna yang kita kehendaki. |
elitisme | elitism | Percaya bahawa suatu kumpulan kecil tertentu patut diberi pengaruh dan kuasa. |
empirisisme | empiricism | Teori yang semua pengetahuan adalah berdasarkan pengalaman yang terbit daripada deria-deria. |
epifenomenalisme | epiphenomenalism | Pegangan bahawa peristiwa fizikal dan biokimiaan dalam badan adalah penyebab peristiwa minda, dan tidak sebaliknya. |
epikurunisme | epicuranism | Falsafah materialisme, pragmatisme dan hedonisme egoan tentang kebahagian hidup. |
epistemologi | epistemology | Teori tentang pengetahuan, sifatnya, justifikasi, dan kesahannya. |
euteisme | eutheism | Percaya bahawa Tuhan sepenuhnya baik. |
falasi | fallacy | Takulan yang tidak sah. |
falsafah | philosophy | Kajian akademik bekenaan tabiat asas pengetahuan, realiti, dan kewujudan. |
falsafah Sokrates | Socrates’ philosophy | Berpegang kepada penaakulan, bukan doktrin, sebagai asas etika. Persoal setiap anggapan tentang kebaikan dan kebijaksanaan. Falsafah untuk kebaikan masyarakat; pilihan manusia dimotivasikan kehendak untuk kebahagiaan. |
fatalisme | fatalism | Pegangan bahawa perkara masa depan tak dapat dielakkan; perkara-perkara tertentu mesti akan berlaku. |
fizikalisme | physicalism | Kepercayaan bahawa sains semuanya dapat diturunkan kepada akhirnya fizik. |
fungsionalisme | functionalism | Pendapat bahawa struktur ditentukan oleh fungsi. |
hedonisme | hedonism | Doktrin melakukan apa-apa yang membawa keseronokan dan kegembiraan. |
holisme | holism | Sains pada tahap yang lebih rendah adalah tidak relevan kepada sains peringkat tinggi. Tahap yang lebih tinggi mempunyai keutamaan dalam memberi penjelasan. Tingkah-laku komponen-komponen hanya boleh dijelaskan dari segi hubungan di antaranya dalam keseleuruhan sistem. |
humanisme | humanism | Sistem pemikiran yang memberi kepentingan kepada hal manusia daripada ketuhanan atau yang ghaib. |
idealisme | idealism | Memegang kepada perwakilan alam seperti yang ia mungkin atau sepatunya begitu, dan bukan yang ia sebenarnya begitu. Membenarkan imaginasi dan pengkonsepan mindaan. |
individualisme | individualism | Teori social yang mendahulukan kebebasan tindakan individu daripada kawalan masyarakat atau negara. |
individualisme metodologian | methodological individualism | Menerima munculan dalam hubungan mikro-makro dalam sosiologi, namun memegang kepada reduksionisme, di mana sifat-sifat social boelh diterangkan sepenuhnya oleh sifat-sifat individu dan saling-tindak mereka. |
individualisme ontologian | ontological individualism | Pegangan ontology dalam sosiologi yang hanya individu wujud. |
jabariah | jabariyah | Pegangan yang segala yang berlaku dan dilakukan manusia adalah dariapada kuasa dan ketetapan Tuhan; manusia tiada pilihan atau kuasa. |
kalam | kalam | Sains pengkajian doktrin Islam. |
kapitalisme | capitalism | Pegangan bahawa perdagangan dan industry sesuatu negara diterajui oleh pemilik-pemilik persendirian untuk mencari untung. |
keakibatan | consequentialism | Falsafah yang sesuatu tindakan membawa kepada akibat tertentu. |
kefungsian strukturan | functional structuralism | Sistem sebagai struktur yang berhierarki dan teruraikan, maka bermodul. |
kelitupan | supervenience | Hubungan di antara dua tahap analisis, di mana jika dua peristiwa punyai perihalan sama pada aras rendah, dua peristiwa ini juga sama pada tahap tinggi. |
kemunculan | emergentism | Sejenis bukan reduktionisme yang menerima kedudukan ontologi golongan materialsime. |
kemutlakan | absolutism | Berpegang kepada suatu kebenaran/kenyataan yang mutlak. |
keplatoan | platonism | Falsafah Plato yang menekankan bahawa benda sebenarnya adalah salinan daripada ide-ide transenden dan bahawa ide-ide inilah maksud pengetahuan sebenar yang diperolehi menerusi kenangan. |
kesainsan | scientism | Pegangan bahawa hanya dakwaan-dakwaan sains yang betul dan sah. |
kesyirikan | polytheism | Percaya tuhan banyak, atau mengaitkan kuasa ketuhanan kepada banyak entiti. |
komputationisme | computationism | Pegangan bahawa semua benda adalah gumpalan maklumat, dan semua proses adalah komputeran. |
komunisme | communism | Kerajaan oleh kelas pekerja setelah revolusi, menghasilkan masyarakat tak berkelas. |
konfusianisme | confucianism | Idea yang kehidupan manusia berada dalam ikatan raja-rakyat, bapa-anak, suami-isteri, abang-adik, dan kenalan tua-kenalan muda, yang setiapnya mempunyai peraturan dan tugas. |
konstruktivisme | constructivism | Teori pembelajaran di mana pengetahuan dibina daripada pengalaman. |
liberalisme | liberalism | Falsafah politik dan moral berasaskan kebebasan, persetujuan mereka yang diperintah, dan kesamaan terhadap undang-undang, dan secara amnya menyokong kerajaan terhad, hak asasi, pasaran terbuka, sekularisme, persamaan gender dan ras, keantarabangsaan, kebebasan bersuara dll. |
logik | logic | Sains berkenaan prinsip formal taakulan: kesahan babatan dan demonstrasi. |
materialisme | materialism | Fahaman bahawa hanya benda fizikal wujud, dan yang menyebabkan adanya dan terjadinya segala sesuatu dalam alam. |
maturidiyah | maturidiya | Satu daripada teologi utama sunni, berpegang bahawa sifat baqa dan kekal dan tak terpisah daripada zat, wahyu diperlukan bersama akal untuk mengenali kebenaran, dan manusia punyai kebebasan memilih tetapi semuanya dijadikan Tuhan. Menyokong sains dan falsafah. |
mentalisme | mentalism | Teori bahawa fenomena fizik dan psikologi akhirnya hanya boleh diterangkan dari segi minda yang kreatif dan menafsir. |
metafizik | metaphysics | Cabang falsafah yang menangani prinsip-prinsip asas, seperti kewujudan, pengetahuan, pengenalan, masa, dan ruang. |
misoteisme | misotheism | Percaya Tuhan jahat. |
modernisme | modernism | Gerakan yang sengaja melawan kuat tradisi, iaitu pandangan ugama, politik dan sosial yang tertubuh selama ini, dengan mempercayai bahawa dunia dibina dalam ia dicerap. |
monarki | monarchy | Sistem kerajaan di bawah seorang raja. |
monoteisme | monotheism | Kepercayaan kepada satu Tuhan. |
muktazilah | mu’tazila | Berpegang bahawa kebenaran boleh diperolehi menerusi akal, dan bahawa sifat itu sesuatu yang wujud bebas daripada zat. |
nazhari | Perlu penelitian (bdk. dharuri). | |
neodarwinisme | neodarwinism | Modifikasi kepada darwinisme untuk menerangkan kenapa bukti perubahan beransur tidak didapati, dengan menggunakan ide seperti pengumpulan variasi dalam takungan gen bukan dalam individu dan seperti pengasingan. |
nihilisme | nihilism | Percaya kepada ketiadaan makna dalam kenyataan. |
objektivisme | objectivism | Falsafah individuisme rasionalan yang percaya bahawa perkara tertentu, terutama kebenaran baik-buruk, wujud bebas daripada pengetahuan atau persepsi manusia, dengan itu kejayaan seseorang tidak bergantung kepada individu lain. |
okasionalisme | occasionalism | Doktrin bahawa setiap detik peristiwa berlaku dengan campurtangan berterusan Tuhan. |
oligarki | oligarchy | Pemerintahan oleh kumpulan kecil elit. |
ontologi | ontology | Metafizik berkenaan kewujudan dan kejadian, ciri benda dan hubungan di antaranya. |
optimisme | optimism | Doktrin bahawa dunia ini terbaik di antara dunia-dunia yang mungkin. |
organisisme | organicism | Masyarakat adalah seperti organisme biologian. |
panteisme | pantheism | Percaya bahawa Tuhan adalah alam adalah tabii. |
pascakebenaran | posttruth | Keadaan di mana pendapat ramai lebih dipengaruhi oleh kepercayaan dan emosi peribadi daripada fakta objektif. |
pascamodernisme | postmodernism | Pergerakan yang dicirikan oleh keraguan meluas dan kesubjektifan, dan kesangsian terhadap teori dan penaakulan. |
pascastruktalisme | poststructuralism | Sambutan (sambungan atau penolakan) terhadap strukturalisme sebelumnya. |
perfektionisme | perfectionism | Doktrin bahawa kesempurnaan (terutama dalam hal moral dan keruhanian) dapat dicapai, dan patut dicapai. |
peripatetik | peripatetics | Falsafah Aristotle. Pegangan bahawa pemikiran lbih utama daripada penderiaan, namun penderiaan diperlukan untuk menentukan realiti. |
pluralisme | pluralism | Penerimaan pelbagai jenis manusia dengan kepercayaan dan pendapat berlainan, dan pelbagai jenis sistem. |
plutokrasi | plutocracy | Kerajaan oleh mereka yang kaya. |
populisme | populism | Falsafah politik di mana pemerintahan haruslah dari orang ramai, dan bukan dari kumpulan elit tertentu. |
positivisme | positivism | Pegangan epistemologi bahawa tujuan pengetahuan ialah memerihal fenomena yang dialami, dan tak perlu untuk sesuatu yang tak dapat ditentukan. |
positivisme logik | logical positivism | Pegangan positivisme bahawa masalah falsafah yang bermakna hanyalah yang boleh diselesaikan oleh analisis logik. |
pragmatisme | pragmatism | Pegangan bahawa kata hanyalah alat dan tak punyai makna asal, tapi maknanya diteguhkan oleh penggunaan biasa. |
progresivisme | progressivism | Falsafah politik yang menyokong pembaikan social. |
psikologi kesosiobudayaan | socioculturalist psychology | Individu dipengaruhi dan dibentuk oleh keadaan sosial mereka. |
qadariah | qadariah | Berpegang bahawa segala kerja manusia itu terjadi segalanya dengan kehendak dan kuasanya sendiri; Tuhan hanya menyediakan peruntukan kepadanya. |
qualia | qualia | Komponen dalaman dan subjektif persepsi rasa, yang timbul daripada rangsangan deria oleh fenomena. |
rasionalisme | rationalism | Percaya kebenaran ditentukan oleh logik deduktif. |
realisme | realism | Pegangan bahawa apa yang dipersepsikan sebenarnya wujud “di luar sana” dan bukan dalam minda semata-mata. |
realisme sains | scientific realism | Pandangan bahawa semesta yang diperihalkan sains itu nyata bagaimanapun tafsirannya; sebab itulah sains begitu berjaya. |
reduksionisme | reductionism | Penurunan analisis tahap kolektif kepada penerangan dari segi komponen-komponen. |
relativisme | relativism | Doktrin bahawa pengetahuan, kebenaran, estetik dan kemoralan wujud berkaitan budaya, masyarakat dan konteks sejarah, dan bukan mutlak. |
sains | science | Kajian alam semulajadi dan tabiat benda semulajadi, dan pengetahuan yang diperolehi mengenainya. |
semiotik | semiotics | Kajian sistem-sistem isyarat: kegunaan, interpretasi dan perwakilan. |
silogisme | syllogism | Kaedah babatan logik secara bersistem, dari premis kepada rumusan. |
sinkretisme | syncretism | Adunan pelbagai agama, budaya, dan/atau sebagainya. |
skeptisisme | scepticism | Kepercayaan bahawa tiada kebenaran tertentu, hanya kepercayaan; setiap dakwaan perlu dipersoali. |
sofisme | sophism | Mazhab falsafah yang percaya kepada kerelatifan kebenaran, dan kebenaran mutlak tidak wujud. |
solipsisme | solipsism | Pegangan bahawa hanya diri boleh diketahui wujud. |
sosialisme | socialism | Pegangan yang kapitalisme harus dikawal. |
stoisisme | stoicism | Sekolah falsafah yang mengajar kebaikan berdasarkan ilmu, dan harus bebas daripada emosi keseronokan mahupun penderitaan. |
strukturalisme | structuralism | Teori yang wujud struktur dalaman bawahan yang diarahkan oleh peraturan nalar dan tak sembarangan, yang punyai kesan yang boleh diukur ke atas bahasa, telatah, masyarakat dan budaya. |
taoisme | taoisme | Falsafah tradisi Cina yang percaya kepada suatu kebenaran di sebalik deriaan manusia, yang sangat berkait dengan alam tabii, dan tujuan hidup manusia ialah untuk memehami kebenaran ini dan hidup berharmoni dengannya. |
teisme | theism | Percaya adanya Tuhan. |
teknokrasi | technocracy | Pemerintahan oleh pakar teknologi. |
teleologi | teleology | Kajian tentang tujuan dan pengakhiran. |
teokrasi | theocracy | Kerajaan berasaskan panduan Tuhan, atau oleh mereka yang dianggap dipandu Tuhan. |
teologi | theology | Kajian sistematik sifat Tuhan dan kepercayaan agama. |
tradisionalisme | traditionalism | Sistem falsafah di mana tradisi ialah penentu utama. |
transendentalisme | transcendentalism | Pergerakan falsafah yang memberatkan menjangkaui masyarakat, dunia fizikal, ugama dan falsafah. |
utilitarianisme | utilitarianism | Pegangan bahawa beretika atau bermoral ialah yang memaksimumkan kebahagian jumlah terhadap semua manusia dan meminimumkan kesakitan jumlah. |
vitalisme | vitalism | Pegangan bahawa organisme hidup mengandungi daya atau bahan ‘vital’ sebagai tambahan kepada jirim fizikal. |