Agaknya
seekor semut pun
sesat, di antara rumput-rumput yang menggunung
di suatu
halusnya semut ini
di belantara hijau, yang langitnya terlalu tinggi
dan lantainya batu-batu sebesar
kepala semut.
hai sang semut
besok
kerja kelas belum siap lagi
kasut pun belum dikapuri.
Di tengah-tengah rumput dan lalang
tiada kedai menjual peta
atau polis trafik, mahu ditanya jalan.
papan tanda pun tiada ada
kompas pula tertinggal di rumah.
hai sang semut cepat sikit
orang di rumah menunggu kau bawa balik susu
untuk adik.
letih juga agaknya
semut
berjalan jauh-jauh,
sebab kakinya pendek
bukan macam manusia, boleh langkah panjang-panjang.
DESY
11.9.84