Akan
akankah aku jemu
mendengar gegelangmu
terusik dek debaran dada
atau kau
tiada tersentak lagi
bila terserempak denganku
di muka pintu
akankah sejat misterimu
merempuh ketegangan pertalian
dan aku pun bosan
dengan kebiasaanmu
seekor kupu-kupu diigap
akan mati dan layu.
akhir
1983