BALLADA BURUNG PERANTAU
Burung
resah terbang jauh
dalam kembaramu mencari diri
menghitung kesah di gerbang angkuh
mengalam laramu di negeri seri
Burung
o burung
pergilah kau mahu ke bulan
mahupun ke langit seribu bintang
bina kaubina
sangkar pencakar
awan-awangan
namun kembali kau nanti
patah sayap & hati
o burung
o burung
yang kerdil.
Burung
resah pulanglah ke jatimu
desa rimba permai merindu
burung resah selamlah ke hatimu
hanya di
sept. 1982
Banjaran Titiwangsa
K.L.-Karak