Cinta
cinta
adalah kata-kata lembut dan
perlahan
dibisikkan
dalam kelarutan malam
di sebuah kamar tamu
kerana malam adalah terlalu sunyi.
Moga janganlah terjaga
tetamu yang nyenyak
dalam kamar tidur
kerana malam adalah terlalu pendek.
lalu
kau dan aku
membelet-belet membalik-balikkan
kata-kata
dalam mencari pendamaian.
biarlah
aku yang mengundur
mengejar harapan lain
biarlah aku pergi
beriring senyummu lagi
biarlah aku tinggal
tinggal sahabatmu.
maka
cinta adalah idealisme
mimpi di tengah hari
dalam kamar realiti
kerana hidup adalah terlalu sepi.
Melaka
1982