Down Kensington Church Street

 

 

- i -

  Seorang

  rambut terbang, berjambang

  baju usang

  bercakap sendirian

  hal-hal mustahak.

  Mungkin dulu

  dia seorang executive

  yang menonggang penting underground-underground London.

 

- ii -

  Gereja adalah hanya

  untuk orang-orang tua

  & perempuan berkecamuk rambut, muka & hati

  dan beberapa ekor merpati

  untuk hinggap di atas papan tandanya.

 

- iii -

  Kucuba pancake

  di satu café vegeterian

  ku disogok ke meja depan kaca kedai

  supaya orang yang lalu memerhatiku

  ku diberi pisau dan garfu

  supaya kumakan pakai tangan kiri

  ini pancake macam ditaruh keju

  - betulkah ini vegetarian -

  atau sahaja mahu laku.

  Habis kubayar duit £2.06

  ini pahit ditudung dengan manis bahasa

  pada goodbyenya akupun goodbye aku tak mahu lagi

  rasa bawang masih di mulut aku langkah pergi

  lupa pula baca syukur: tinggal sunnah Nabi.