Gadis Singapore Itu 25

 

 

gadis singapore itu

biasa menunggang MRT

pagi-pagi

 

gadis singapore itu

ibunya dulu berbatik kebaya

mendodoinya di Geylang

kini 25 tahun

rumah papan mereka telah dirobohkan

demi pembangunan pangsapuri

& trek MRT ini

dia ada saudara di Melaka

tapi jarang jumpa

 

gelombang keelektromagnetan dari seberang

banyak bawa Muqaddam dan macam-macam

kepada gadis singapore itu

tapi tiada bezakan antaranya

dan LA Law

dan kadang-kadang

diterbangkan angin barat kencang

 

gadis singapore itu

senyum merah simpul

membetulkan dawai stereo

tergantung di anak telinganya

menyilang kaki

skirt hitam ketat pendek tersipu.

 

 

 

Ogos 1990