Hujan

 

hujan yang menitis

di kaca jendela

lah teman dari sekampung

memujuk sepi di kembara

 

pagi menjumpai hujan

telah tiba dan menunggu

di belakang tirai malam

 

petang menemui hujan

airnya mengalir sendirian

ke longkang-longkang rahsia

dari pandangan

 

telah

terlampau lama kemarau

di musim panas ini.

 

 

Hamburg

Julai '83