Kuala Lumpur '82

 

Aku pulang padamu

sepulangnya perantau

tahun-tahun telah berlalu

dari perpisahan di hari lampau.

 

Adakah kau menunggu

di kaki airport

bersamakan dakapan senyum.

 

Semalam di atas pesawat

ku nampak lampumu menyambut di dalam gelap

inikah si dia yang dulu kukenali.

 

Adakah kau menanti

dari ketika kupergi

sabari merindu.

 

O

ku disambut oleh udara hangat

dan kekosongan.

 

Kuala Lumpur pelukanmu dingin

senyummu pudar

tipis

di manakah si gadis desa ku sangka engkau

sudah mabuk ke kota tukar susila

Kuala Lumpur kakiku letih hatimu tiada kujumpa.

 

 

K.L.

Ogos '82