Kembali Sepi
adalah terlalu sunyi
dan sepi
dengan pemergiannya.
Manusia-manusia tiada muka
pergi-balik di antara
batu-bata dan besi waja
diam dan tiada berkata-kata.
restunya
telah kuterintai
sekelip keindahannya
kemudian
dia
memalingkan pandangan
dengan
selamba
sungguh-sugguh sunyi
dan sepi
sekali.
Bank
Bumi/London
Ogos '84