Malam

 

malam membuka hijabnya

pada makhluk-makhluk berbebentuk

yang kuning, yang samar

yang berbow tie di leher

yang hening, yang pudar

yang mandi petang bersih segar

 

neon & lampu memagi pada tibanya malam

teksi-teksi pergi datang bagai sibuknya lapangan terbang

lampu jalan - mempersembahkan mudawan

- bukan mengheret siang - malam adalah adegan

yang baharu

 

resah

 

permaisuri malam melintas

pipi padam merah; merah berlumayan di bibiran

haruman tajam menghiris udara mayut diam

bagai arus selepas berlalu sampan patah dihias

 

malam pekedai-pekedai sudah lama pulang

cuma cahaya mencerahi barangan di belakang kaca

namun wujud mata-mata mencelahi pertunjukan yang kaku

dan kaki-kaki mengukur jalan tersungkur tidur

- mana pujaannya

mana tujuannya

entah hotel-hotel kurang selesanya

daripada kelenguhan kaki, kekantukan mata

malam keseorangan

merangkum gelisah di dalaman suatu lautan

ombaknya berpura-pura riang

 

dan insan kaumusnahkan kesucian

dengan keringanan gelak ketawa

sahaja, kaulupakan ghadan

dalam kemabukan malam, kau-

lupakan diri anak isteri manusia

se isi dalam gerak hati kini,

kauhanyut dalam khayalan

 

malam

bukan kau yang kejam.

 

 

London

ogos '82