Pagi
Jarum jatuh.
Mulut muncung, pipi kendur-kendur. Mata cerlung
pagi
masih pekat macam susu
kopi mamak. Susu macam
matahari
pagi
Bangkok Bank sesak
isi lagi ke dalam bas mini
mulut semuncung gincu
yang melekat
bibir kepada bibir
adalah letih
puas berbicara seharian semalam
pagi yang berbicara
hanyalah pecutan skrambler
dan hon-hon kereta.
k.l.
akhir
1985/awal 1986