Perempuan
Perempuan!
kaudatang lagi!
pada tikaku telah hampir
lupa
padamu
kau menyentak hatiku
dengan gelak ketawa malumu
di bilik sebelah.
Memori
menggali
peristiwa terkambus
masa
! kesah-kesah cinta kukira
usang
bersama masa & pengalaman
pada kembara ini.
Sayangkah aku pada tanah kaku
kerana fana.
aku
rindu pada rindu
pada-Mu.
perempuan di bilik sebelah