Penyanyi Muda

 

 

penyanyi muda itu terlalu

gusar untuk mencari irama

yang baharu dan selalu

ia mengadu, "Kacamata

ini telah merosakkan

penglihatanku membuatku

sering dikunjungi kantuk

ketika matahari tinggi"

 

apabila tua mengerti

ia bahawa irama

sentiasa bertukar dan

yang baharu adalah yang lama

lalu ia kembali dan berhenti

menyanyi dan cuma berpuisi.

 

 

universiti malaya

ogos 1986