Pengembara

 

 

pengembara itu perenung

jadual perjalanan dan peta

kehidupannya diarkibkan di storan massa

pusat-pusat komputer makmal canggih

di sebelah pasifik.

selepas dua belas tahun

dia kembali ke kyoto mencari

kuil-kuil yang hilang.

aku menemuinya kami sama-sama di setesen bas

sesat di antara kanji dan kana, aku yang

baru belajar pengembaraan ini

mencari masjid mengejar jumaat.

 

 

Tsukuba

mac 1991