Seorang
Saintis Berpuisi
malam itu
audiens seniman berdiri
kerana seorang saintis berdiri
membaca puisi dirinya
menterjemah puisi alam
bahasanya bersimetri; diksinya
mencerna kompleksiti
ada estetika dalam keunsuran
Malam itu
audiens seniman berdiri
meninggalkan dewan
1991