agaknya
seekor semut pun
sesat, di antara rumput-rumput
yang menggunung
di suatu
halusnya semut ini
di belantara hijau, yang
langitnya terlalu tinggi
dan lantainya batu-batu sebesar
kepala semut.
hai sang semut
besok
kerja kelas belum siap lagi
kasutpun belum dikapuri
di tengah-tengah rumput dan
lalang
tiada kedai menjual peta
atau polis trafik, mahu
ditanya
jalan.
papantandapun tiada ada
kompas pula tertinggal di rumah.
hai sang semut cepat sikit
orang di rumah menunggu kau bawa
balik susu
untuk adik.
letih juga agaknya
semut
berjalan jauh-jauh,
sebab kakinya pendek
bukan macam manusia, boleh
langkah panjang-panjang.
DESY
11.9.84
Lawatan Lain, DBP, 1995 |