akan
akankah
aku jemu
mendengar
gegelangmu
terusik
dek debaran dada
atau kau
tiada tersentak
lagi
bila terserempak
denganku
di muka
pintu
akankah
sejat misterimu
merempuh ketegangan
pertalian
dan akupun
bosan
dengan kebiasaanmu
seekor
kupu-kupu diigap
akan mati dan layu.
akhir 1983
Lawatan Lain, DBP, 1995 |