sebenih pulau

 

ayunya dia

terbenih di chao phraya

sepulau dalam milenia

sepulau pintu nusantara

 

maka setiap mahu tinggalkan ketu

wat memasing

hingga kini that#

batu pasir

 

maka setiap melulu

wat memasing

mahu usir

hingga tinggi khat

mandat langit

 

maka tidakkah kau

lihat batu bikepala

tergolek dek gempa

 

maka kepala yang sisa

dicakar akar

banyan tempat bertapa

 

adakah setiap pulau itu

dari benih baik?

 

 

 

ayuthaya

18 dis 19

 

 

# ชาติ - kewujudan/peninggalan/warisan/bangsa