bagaimana cepatnya kita lupakan mimpi
bagaimana cepatnya
kita lupakan
mimpi-mimpi semalam
dalam keinsafan subuh
dan
telah tiada keinginan lagi
untuk mencatit di ingatan
tiap-tiap mimpi yang datang.
wajahmu pun telah pudar
tiada bisa lagi kulukiskan di
memori
dan kitapun
telahpun
telahpun letih
telahpun letih
berbicara.
xii.'82