BALLADA BURUNG PERANTAU
Burung resah terbang jauh
dalam kembaramu mencari diri
menghitung kesah di gerbang
angkuh
mengalam laramu di negeri seri
burung
o burung
pergilah
kau mahu ke bulan
mahupun
ke langit seribu bintang
bina kau bina
sangkar
pencakar awan-awangan
namun kembali kau nanti
patah sayap & hati
o burung
o burung
yang kerdil.
Burung resah pulanglah ke jatimu
desa rimba permai merindu
burung
resah selamlah ke hatimu
hanya
di
sept.
1982
bukau
bentung/banjaran titiwangsa
lr k.l.-karak
Lawatan Lain, DBP, 1995 |