bengkel
ekonofizik di tebing komogawa
bunga ceri telah pergi pun
musim samurai malu di kaki yoshida
engkau di antara paksi subruang konsepanku
musim
kita soal kerasionalan
kini musim pasca-Arrow-Keynes
celaru cuaca menjenguk Jepang
manusia neostokastik
masihkah panas di khatulistiwa
pasca termodinamik Daim-Mahathir
mahu pulang bawa bungkusan
Mei 2004