anak-anak mencari jalan keluar ke dunia
anak-anak sunyi masing mencari
anak-anak soalan bahasa malaysia 2(B) –
anak-anak atau
anak-anak patung?
Bagi
tiap-tiap perkataan di bawah ini, karangkan dua ayat yang menunjukkan dua makna
yang berlainan:- Misalnya,
Adik saya bermain dengan anak-anak.
Semua anak-anaknya pergi ke Ipoh.
di dewan anak-anak ingin ke universiti
ingin ke luar negeri
ingin membela diri
di dewan anak-anak masih mencari
anak-anak ingin menjadi menteri
BHG II
SOALAN 2(B)(iv)Rumah pegawai-pegawai itu besar-besar belaka.
Perdana Menteri dan orang besar-besar itu menghadhiri majlis
itu.
anak-anak ingin memberi diri pada negeri
BHG I
Karangkan satu tajuk sahaja dari tajuk karangan di bawah ini kira-kira 300
patah perkataan. Markah akan ditimbang dari pencapaian isi dan bahasa
keseluruhannya.
1. Seorang yang kamu fikirkan berjasa kepada negara ini.
anak-anak menjawab di dalam sunyi
anak-anak takutkan SPM/MCE
anak-anak mencari pintu
anak-anak takut kehabisan masa
(tinggal 15 minit lagi)
anak-anak menjawab pantas
di dewan anak-anak mencari pintu mencari masa
anak-anak masih sunyi
dewan masih sunyi
Masa habis. Berhenti menulis dan letakkan pena anak-anak di dewan.
dewan
hargeaves
1975