bagi pehak
Rom
dingin
yang menyeluk ke keting
mengucapkan
selamat pagi
kau senyum dalam hati
tandus
tidur telah memeningkan magnet
kompas
yang lama diperam
pasang-tutup
suis latarbelakang
kau tak hiraukan
kau kembali ke dalam bangunan lapangan terbang
Rom
1986