bukan tebing kiri Seine di alaf ini
bukan tebing kiri Seine
Paris itu
di pinggiran taman
di pintu pagar Paris.
revolusi terbenih di
St Denis.
kebangsaan yang luas
di masjid sempit
ke dunia dawas
revolusi membuih
bukan kata
bukan akal
bukan bentuk kaku
ini hati.
hati-hati. hatilah
revolusi
sept. 2014