cinta
cinta adalah kata-kata lembut
dan
perlahan
dibisikkan
dalam kelarutan malam
di sebuah
kamartamu
kerana
malam adalah terlalu sunyi.
Moga janganlah
terjaga
tetamu yang nyenyak
dalam kamartidur
kerana
malam adalah terlalu pendek.
lalu kau dan aku
membelet-belet
membalik-balikkan kata-kata
dalam mencari pendamaian
biarlah
aku yang mengundur
mengejar
harapan lain
biarlah
aku pergi
beriring
senyummu lagi
biarlah
aku tinggal
tinggal sahabatmu.
maka cinta adalah idealisme
mimpi di tengah hari
dalam kamar
realiti
kerana
hidup adalah terlalu sepi.
Melaka
1982
Lawatan Lain, DBP, 1995 |