Di tebing sungai ini
Kau duduklah
di bangku-bangku ini
di tebing sungai ini
pada ketika-ketika begini.
Kau lihatlah
yang memancing ikan
dan sinar matahari petang
di atas pergolakan air.
Dan itik-itik yang berenang
dan angsa-angsa.
Kau tunggulah
sambil kewispian angin bermain dengan rambutmu
dan daun-daun di julai rendang.
Dan di bangku engkau
duduk seorang
kerana bangku lain sudah penuh.
Baharu tadi dia hilang kekasih.
Mingguan |
Lawatan Lain, DBP, 1995 |