eid
itu kembalian
eid itu kukembali
setelah dua dekad
dan beribu batu
ke laman kita
eid itu kukembali
kpd dua puluh tahun dahulu
ke zaman kita
kegonjengan & kehingusan
kita dulu bersain & berlumba
bermain & bermember
eid itu kukembali
dgn anugerah kupamerkan
& pangkat
nama cemerlang
kau pun telah bermercedez
berdaftar tahun semasa
eid itu kukembali
kpd soalan-soalan asas
Syawal 1416