lelaki luar: aku intai & ingin
kesahkan
keruan kehidupan
dalam
lalu
gadis kampung ini: tiada cinta antara kita, cuma
sila
belilah sekeping rezeki ini
<ada
gadis lagi yg lalu & lihat & kemudian
ditinggalkan>
lelaki pelawat: bumi ini adalah gadis sebuah desa
dilupakan
<ada gadis cerah membasuh di sungai. dalam
kehidupan lain dia beraga di pentasfesyen
pemandu pelancong: ini hai=laut, + phong=pertahanan
kini
pelabuhan utama mengimpot
tv warna & budaya
lelaki asing: ini taman segera, pantai segera
pelancong
segera
(mirip
Batu Feringgi?)
ada
siput tersepit
ada
kamera hampa
laut: dalam dendam diam, aku
bongkar
paip betung
<di teluk ada anak naga dalam kabus>
lelaki melancong: di teluk beribu pulau
aku bagai raja Nguyen
masuk gua Dau Go
nelayan: ini rumah kami kedai kami tempat kami
memukat mem-
ikat
dolar sila
belilah
seekor rezeki
di
atapnya kami
keringkan
baju & tidur tengahari
begini
air tenang
<di hotel sakura, pada malamnya,
ada lelaki kerisauan subuh>
Ha
Long,
28-29/3/98