hujan
hujan yang menitis
di kacajendela
lah teman dari sekampung
memujuk
sepi di kembara
pagi menjumpai
hujan
telah tiba
dan menunggu
di belakang tirai
malam
petang menemui
hujan
airnya
mengalir sendirian
ke longkang-longkang
rahsia
dari pandangan
telah
terlampau
lama kemarau
di musimpanas
ini
Julai'83
Lawatan Lain, DBP, 1995 |