hulhumale' ke hulu-hilir ke male'
-----------------------------------------
kami karam di atol ini semenjak
sebelum johnny depp
kami kaum kais ikan sejak berzaman
senang. setitik
bulan
berpulau
kini kami jual pasir dan pantai
kami gali pasir
suci dan suji
kami gali erti
melayani
manusiawi
bagaimana, ya
mahu dimaknakan
kehidupan kami sekecil pulau-pulau ini
dan kami hilang
di simpang-simpang
tertinggal waktu dunia
maldives
dis 2013