sejuk beginipun

   kau masih tak teringatkan PJ, sedang berjalan di Longwall Street

   "cardphone terlalu mahal kalau didarab 4.79

   dan aku lebih airmail nanti daripada surat"

 

pagi burung yang mengejutkan

kepada kelabu dan April showers dan tiada yang mengingatkan kau akan PJ

"nostalgia telah tenggelam dalam jet lag

dan tiada terkejut aku oleh culture ataupun batu-batu kurun ke14 ini"

 

   jauh itu tanpa kata

   berdiri di sudut

   spt pokok kaku itu

   dlm kelabu pagi

 

sunyi tiada deru traffic sebuah bandar tropics

PJ sungguh jauh

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

New College, Oxford

 Bulan puasa 1989

 

 

 

 

 

 

 

Lawatan Lain, DBP, 1995 ("Jauh itu Tanpa Kata")