kahapon sa malaya
ramadan berputar ke minggu-minggu akhir
berpedati bulan limabelas yang
menyurutkan air selepas sungkai
dan menghidangkan sotong
raya ini belum mungkin
babalik sa bayan
Basilan, tanah landai tenteram
dagang. anak dagang. kembara
atas air. halaman atas air. Zamboanga,
Tawitawi. riwayat atas air
masin
kami main
mandi dan bot ke pasar
teriak tawa sesayup rambat motor di darat
tengahari begini
seakan Bukit Lanjan
sekolah kami atas air. madrasah
air. sembahyang masjid usang
ada manja mengiau kucing
buta sebelah mata hilang stereo, tempang
kaki tiga hilang cergas. enggan
makan biskut tawar
lemau. di sana
ada perawan tunggu
di jeti biru
alun bot kadang-kadang
tenggelam dalam binada
gelombang muzik kuat
sakit sembuh kami
hospital atas
air. mata dan keringat
kerjaya dan riwayat
teringat babalik
bayan pinagmulan
bina cita. mana
citra
tiba-tiba juga
setelah hari-hari panas, malam itu
hujan
sederas rindu
ii
kahapon sa malaya
semalam di malaya
kampungku jauh di rana
Assobirin, labuan.
Ramadan
1443