kasualti
kadang-kadang
aku terperanjat sebagaimana
aku sedari hidupku telah terperanjat
dari keselesaan
pelayaran di dalam sisa-sisa kewarasan
yang menyembunyi
selamat dari semangat menggariskan
pemandangan
dengan urat-urat
lurus lalu diwarnakan
kelabu simen dan batu
tiba-tiba
aku terganjak dari khayalan
bila badanku terganjak
dan hidupmudaku
dirompak demi semangat menggerakkan
dan menebalikkan
gugusan-gugusan rumput hijau
dari tanah
warisan mereka
hari-hari aku tekun dan jujur memenuhi pesanan dan waktupun telah tekun
mencuri
daun-daun haribulan dari kalendar
lalu tahun-tahun
laris berlalu dengan pantas
menjumpai
gersang dan kontang
musim-musim yang lepas
jangan-jangan
akupun terperangkap, dan
telah ramai yang terperangkap
ke dalam aturan
petak-petak ini yang tiada mempunyai
rasa hati
semua diukur
teliti
tiada terlebih
atau terkurang walau seinci
dan kalau-kalau
aku kau jumpai tiada punyai peribadi bagaimana kau
maka aku tiada pernah membelajari affeksi.
Ogos 1985
Lawatan Lain, DBP, 1995 |