kukatakan kejemuan
kepada keklasikan
katanya
alora
kususuri celah
binaan-binaan zaman dan
sampai ke kurun-kurun lalu
ku intai penghuni-penghuni tembok tamadun
tersepit di celah kaki dan skirt pendek
ekko -
adakah umurmu setua jingga & hijau ini
selekuk bata bahu
dipijak
pelajar
seawal universiti
atau kau sepertiku
warga kampung sejagat
atau juga penagih lepak jagatraya
&
memori Galilei tiada
lagi boleh menahan menara
senget.