K U
A L A
L U M
P U R
' 8 2
aku pulang padamu
sepulangnya perantau
tahun-tahun telah berlalu
dari perpisahan di hari lampau
adakah kau menunggu
di kaki airport
bersamakan dakapan senyum
semalam di atas pesawat
ku nampak lampumu
menyambut di dalam gelap
inikah sidia yang dulu kukenali
adakah kau menanti
dari ketika ku pergi
sabari merindu
o
ku disambut oleh udara hangat
dan kekosongan
senyummu pudar
tipis
di manakah sigadisdesa ku sangka engkau
sudah mabuk ke
k.l.
Ogos '82
Lawatan Lain,
DBP, 1995 |