kembali sepi
adalah terlalu sunyi
dan sepi
dengan pemergiannya.
manusia-manusia tiada muka
pergi-balik
di antara
batu-bata
dan besiwaja
diam
dan tiada berkata-kata.
restunya
telah ku terintai
sekelip keindahannya
kemudian
dia memalingkan pandangan
dengan selamba.
sungguh-sugguh
sunyi
dan sepi
sekali.
Bank Bumi
Ogos '84
Lawatan Lain, DBP, 1995 |