M A
L A M
malam membuka hijabnya
pada makhluk-makhluk berbebentuk
yang kuning, yang samar
yang berbow-tie di leher
yang hening, yang pudar
yang mandi petang bersih
segar
neon & lampu memagi pada tibanya malam
teksi-teksi pergi datang
bagai sibuknya lapanganterbang
lampu jalan – mempersembahkan mudawan
- bukan
mengheret siang – malam adalah adegan
yang baharu
resah
permaisuri malam melintas
pipi padam merah; merah
berlumayan di bibiran
haruman tajam menghiris udara mayut diam
bagai arus selepas berlalu
sampan patah dihias
malam pekedai-pekedai sudah lama pulang
cuma cahaya mencerahi barangan di belakang kaca
namun wujud mata-mata mencelahi pertunjukan yang kaku
dan kaki-kaki mengukur jalan tersungkur tidur
- mana
pujaannya
mana tujuannya
entah hotel-hotel kurang selesanya
daripada kelenguhan kaki, kekantukan mata
malam keseorangan
merangkumkan gelisah di dalaman suatu lautan
ombaknya berpura-pura riang
dan insan kau musnahkan
kesucian dengan keringanan gelaketawa sahaja, kau lupakan
ghadan dalam kemabukan malam kau lupakan diri anak isteri manusia seisi dalam
gerak-hati kini, kau hanyut dalam khayalan
malam
bukan kau yang kejam
ogos '82
Lawatan Lain,
DBP, 1995 |