memang kau

  seharusnya mempesona

  ya Taabah Tayyibah

  dan akulah tetamu

 

  akulah pengumpul tapak-

  tapak

  kaki

  kaki untanya

  kaki rumah dan bukit

  kaki sejarah

 

  kamilah natijah

  tali hayat perjuangan

  kamilah kehidupanmu kini

  manifestasi pelbagai kulit

  dan datang

  mencintai uhud juga

 

 

 

 

 

Madinah Munawwarah

   Jun 1993