Kalong-kalong hormat
merangkul
di dada berdebar, tercegat
aku berdiri
menahan cemburu di hati. Kaukah itu
atau orang yang tak dikenali. Tunduk mataku.
Matamu
mencari-cari
adakah siapa
menunggumu
di antara manusia beribu.
Tunduk mataku.
Takut
ku tak kau ingati
lagi
Tiba-tiba
jeritan
meloncat
dari anak tekak
kaukah
itu yang memanggilku?
Aku: hati suruh kaki
cabut
lari sahaja.
Kaki mogok beku
kalau-kalau
kau..
Aturan tapakaki datang berlari.
Aku menjeling.
Mataku
terjumpa
matamu. Adakah di situ
- atau hanya imaginasiku
-
alamat-alamat
kenal-ingat..?..
1982