nurjannah, 3

 

 

 

mereka berlari

dari satu bilik ke satu

bilik ke satu lagi

dalam pangsa satu-bilik

kami. kami orang-

orang tua bercakap seperti

orang tua. mereka

tidak bercakap, cuma

ketawa dan berlari

dari satu bilik ke satu

yang satu mengekori yang

satu

 

aneh nurjannah

tiada bisa berbahasa

inggeris kawannya

tetapi mereka bersama

ketawa dan berlari

dari satu begini

-kah akan wanitanya

bahasa wanita mereka nanti

dewasa. dewasa

-kah atau yang

perlu belajar dari

mereka tiada pagar

dari satu ke yang satu

 

 

 

 

 

 

London

julai 1991

 

 

 

 

 

 

Lawatan Lain, DBP, 1995