pagi Kuala Lumpur

 

 

Jarum jatuh. Mulut muncung, pipi kendur-kendur. Mata cerlung

 

pagi

masih pekat macam susu

kopi mamak. Susu macam

matahari

pagi

Bangkok Bank sesak

isi lagi ke dalam bas mini

mulut semuncung gincu

yang melekat

bibir kepada bibir

adalah letih

puas berbicara seharian semalam

pagi yang berbicara

hanyalah pecutan skrambler

dan hon-hon kereta.

 

 

 

 

 

        k.l.

akhir 1985 / awal 1986

 

 

 

 

 

 

 

Lawatan Lain, DBP, 1995