Perempuan!

 kau datang lagi!

 pada tika ku telah hampir lupa

 padamu

 kau menyentak hatiku

 dengan gelaketawa malumu

 di bilik sebelah.

 

 memori menggali

 peristiwa terkambus masa

 

 ! kesah-kesah cinta kukira usang

 bersama masa & pengalaman

 pada kembara ini.

 Sayangkah aku pada tanah kaku

 kerana fana

 

 aku rindu pada rindu

 padaMu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

xx perempuan di bilik sebelah xx

         17.xi.81

 

 

 

 

Lawatan Lain, DBP, 1995 ("Perempuan")