penyanyi muda itu terlalu
gusar untuk mencari irama
yang baharu dan selalu
ia mengadu "kacamata
ini telah merosakkan
penglihatanku membuatku
sering dikunjungi kantuk
ketika matahari tinggi"
apabila tua mengerti
ia bahawa irama
sentiasa bertukar dan
yang baharu adalah yang lama
lalu ia kembali dan berhenti
menyanyi dan cuma berpuisi.
univ. malaya
ogos
'86
Lawatan Lain, DBP, 1995 ("Penyanyi Muda") |