pengembara
itu perenung
jadual
perjalanan dan peta
kehidupannya
diarkibkan di storan
pusat-pusat komputer makmal canggih
di sebelah pasifik.
selepas dua belas
tahun
dia kembali ke
kuil-kuil
yang hilang.
aku menemuinya
kami sama-sama di setesen
bas
sesat di antara kanji dan kana,
aku yang
baru belajar pengembaraan
ini
mencari masjid
mengejar jumaat
Tsukuba
mac
1991
Lawatan Lain, DBP, 1995 ("Pengembara") |