kelopak pipi ceri masih

belum habis gugur. aku

turun di handai-byoin-mae

hospital perubatan universiti osaka

 

tidak, tidak - aku jauh, jauh

dari setesen nuklear fukushima

yg patah dalam gempa itu

 

kemudian

pagar berjalan sejauh seletih

aku. hindar taman ekspo

sembilan belas tujuh puluh.

mentari jingga.

menara mentari memandang

arah lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2011