tiba-tiba ku rasai rumahku ini sungguh sepi
apabila disedari
manusia boleh begitu kejam
apa yang mereka tidak sengajakan
dan petang menitis
menitis
meninggalkan pelabuhan
itu dia
deru enjin
feri Pulau Pinang
airnya keruh
seperti langit penuh
awan.
dan matahari menggilis
menggilis
membubarkan parlimen
hingga selama-lamanya
tergantung di tigabelas
darjah
bewarna kelabu dan kuning tua
menelan perjalanan pulang
petaling jaya
julai
1986
Lawatan Lain, DBP, 1995 ("Rumah
Sepi") |