safar sifar
dalam perjalanan mencari
simuragh di gunung kami semasa
muda remaja semangat waja
terlalu terang di langit
terbentang
setelah dekad memamah gigit cubit
berlalu burung ruhi
suasa belia pengap
hilang wap haba
hangit pun pudar
sasar
bahkan
reputan
tabii
ke
nol
ini kerangka
keluarga urban
kais bintang
sifir terlentang
bikutang
tetiba
tak tiba-tiba
usj
16-7-20