seorang saintis berpuisi
malam itu
audiens
seniman berdiri
kerana seorang saintis berdiri
membaca puisi dirinya
menterjemah
puisi alam
bahasanya
bersimetri; diksinya mencerna kompleksiti
ada estetika
dalam keunsuran
malam itu
audiens
seniman berdiri
meninggalkan
dewan
1991
Lawatan Lain, DBP, 1995 |