sehari di paris
montmartre itu bukan sorbonne
mahupun versailles.
i-
kan paris
itu
tidak hanya
la tour bersiar berjalan di
padang élysée
melangkau
guillotine mary antoinette ke
louvre mencari senyum mona
lisa.
pun aku tak ada
kesabaran untuk seine. kau tak
pun
bersampan dari st genis
ke mantes-la-jolie mungkin
kau temui
kau temu
-i-
hanya dunia
disney yang kau
dah kambus selepas perasmiannya dua dasawarsa
lalu. aku ada terpeduli
kini ia
bukan lagi 70 km ke luar.
tak apa
tak mengapa.
memada
-i setengah hari.
setengah kurun paris.